Thursday, December 22, 2011

SIAPAKAH ORANG MELAYU PERTAMA DI DUNIA YANG MEMELUK AGAMA ISLAM?

Peta di atas menunjukkan kedudukan negara kota
Malayu dan empayar Srivijaya di Kepulauan Sumatera.
Tersebutlah kisah tentang sebuah kerajaan lama di Pulau Sumatera yang dikenali sebagai Malayu. Menurut catatan sejarah, lokasi negara kota tersebut dipercayai terletak di sekitar wilayah Jambi hari ini. Kerajaan Malayu dikatakan sangat terkenal dengan hasil pengeluaran lada hitamnya.

Kisah kemasyhuran kerajaan Malayu telah sampai ke pengetahuan Khalifah Mu’awiyah bin Abu Sufian atau Khalifah Mu’awiyah I (661-680 Masihi) - pengasas dan pemerintah pertama empayar Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik (atau Damascus).
Empayar Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik pada zaman kegemilangannya.
Setelah terdengar akan kemasyhuran kerajaan Malayu di sebelah Timur, maka timbullah niat di hati baginda untuk mengIslamkan kerajaan Malayu serta memonopoli perdagangan lada hitamnya. Kebetulan pula, baginda sedang berusaha untuk memperluaskan empayar Islam serta ajaran Islam ke seluruh dunia.

Pada ketika itu, kerajaan Malayu berada di bawah pemerintahan seorang maharaja yang bernama Sri Maharaja Lokitawarman. Baginda berbangsa Melayu dan beragama Buddha. Lantas, Khalifah Mu’awiyah I telah mengajak maharaja Malayu tersebut untuk memeluk Islam. Walau bagaimanapun, Sri Maharaja Lokitawarman telah menolak pelawaan khalifah tersebut secara baik.

Keengganan maharaja Malayu tersebut untuk memeluk agama Islam telah membantutkan niat Khalifah Mu’awiyah I untuk mengIslamkan kerajaan Malayu serta memonopoli perdagangan lada hitamnya. Tidak berapa lama kemudian, Sri Maharaja Lokitawarman telah mangkat dan tempatnya diambil alih oleh Sri Maharaja Srindrawarman.
Kerajaan Malayu yang berpusat di Jambi, Sumatera
sangat terkenal dengan hasil pengeluaran lada hitamnya.
Ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz (717-720 Masihi), baginda telah mengutus surat kepada Sri Maharaja Srindrawarman dan mengajak maharaja Malayu tersebut untuk memeluk agama Islam. Hubungan yang terjalin di antara kedua-dua pemerintah tersebut (khalifah Bani Umayyah dan maharaja Malayu) dikatakan sangat baik.

Usaha Khalifah Umar akhirnya membuahkan hasil apabila maharaja Malayu tersebut telah terbuka hati untuk menerima Islam. Peristiwa tersebut berlaku kira-kira pada tahun 718 Masihi. Menurut catatan sejarah, Sri Maharaja Srindrawarman dipercayai merupakan orang Melayu pertama di dunia yang memeluk agama Islam. 

Setelah peristiwa tersebut, maka bermulalah zaman di mana Malayu mula dikenali sebagai sebuah kerajaan Islam. Inilah kerajaan Islam yang PERTAMA sekali di Kepulauan Melayu atau Nusantara. PengIslaman Sri Maharaja Srindrawarman sekaligus telah menarik minat ramai pedagang Arab dan Islam untuk datang berdagang di negara kota Malayu.

Malah, para pedagang Arab juga telah menggelar Malayu sebagai ‘Sribuza Islam' (Srivijaya Islam) atau ‘Zabaq’ (yang berasal dari nama Muara Sabak di Jambi).

Walau bagaimanapun, berita tentang pengIslaman kerajaan Malayu di Pulau Sumatera tidak begitu disenangi oleh golongan pemerintah Dinasti Tang di tanah besar China. Pada pandangan mereka, pengIslaman kerajaan Malayu hanya akan menyebabkan aktiviti perdagangan lada hitam mereka tergugat dan terancam.
I-Tsing - seorang sami Buddha dari tanah besar China
pernah melawat kerajaan Malayu dan empayar Srivijaya.
Menurut catatan yang ditulis oleh seorang sami Buddha berketurunan Cina bernama I-Tsing, kerajaan Malayu pada ketika itu berada di bawah pengaruh kekuasaan empayar Srivijaya yang berpusat di Palembang. Agama rasmi empayar Srivijaya ialah Buddha bermazhab Vajrayana, yakni berbeza dengan Malayu yang sudah pun menjadi sebuah kerajaan Islam.

Pada tahun 680 Masihi, pemerintah Dinasti Tang di tanah besar China telah bertindak menghantar dua orang pendeta Buddha iaitu Vajrabodhi dan Amoghavajra ke Srivijaya. Tujuannya ialah untuk mengembangkan agama Buddha bermazhab Mahayana di Srivijaya serta menyekat pengaruh perkembangan Islam di Malayu.

Hasil campur tangan Dinasti Tang telah memaksa empayar Srivijaya untuk menyerang kerajaan Malayu pada sekitar tahun 730 Masihi. Pada ketika itu, Malayu berada di bawah pemerintahan Sri Maharaja Indrawarman - putera kepada Sri Maharaja Srindrawarman yang sudah mangkat.
Amoghavajra - salah seorang dari dua Sami Buddha yang dihantar oleh
Dinasti Tang ke Srivijaya untuk menyekat perkembangan Islam di Malayu.
Serangan tersebut telah mengakibatkan Sri Maharaja Indrawarman mangkat dibunuh. Akhirnya, negara kota Malayu (Sribuza Islam atau Zabaq) telah berjaya ditawan oleh empayar Srivijaya.

Penaklukan tersebut menandakan berakhirnya kekuasaan sebuah kerajaan Islam yang terawal di Kepulauan Melayu atau Nusantara di bawah pemerintahan dua orang maharajanya yang beragama Islam iaitu Sri Maharaja Srindrawarman dan puteranya, Sri Maharaja Indrawarman.
Kronologi Maharaja-maharaja Malayu
(Sila klik gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas).
MAKLUMAT TAMBAHAN

Kebanyakan sumber pensejarahan di Malaysia dan Indonesia hari ini mengatakan kononnya, kerajaan Islam yang pertama di Kepulauan Melayu atau Nusantara adalah Kesultanan Perlak ataupun Kesultanan Samudera-Pasai. Walau bagaimanapun, cerita di atas telah membuktikan bahawa kerajaan Islam yang pertama di Kepulauan Melayu atau Nusantara adalah kerajaan Malayu.

SUMBER RUJUKAN

  • 101 Puteri Dunia Melayu - Sejarah dan Legenda.
  • Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu.
  • Pensejarahan Patani.
  • Laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP.

26 comments:

  1. mantap!! tp syg ny mereka hanya minoriti pd waktu tu. cant survive...

    ReplyDelete
  2. Betul... bayangkan kalau Dinasti Tang tak masuk campur dan Srivijaya tak menyerang kerajaan Malayu, mungkin orang Melayu sudah beragama Islam jauh lebih awal... Sayang sekali...

    ReplyDelete
  3. yup!! tp mungkin xd Candi Borobudur n Angkor Wat..huhu

    ReplyDelete
  4. Haaaa... yang itu betul! setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya... Andai kata jika kerajaan Malayu tak diserang, mungkin tak akan wujud Candi Borobudur dan Angkor Wat... dan kita tak akan dapat melihat keindahan seni bina kedua-duanya pada hari ini... :)

    ReplyDelete
  5. -Seperti yg dikhbarkan dlm prasasti viktavarman dn bo mang.sekitar 700sm-900sm

    -Setelah pemerintah2, mendengar dari pada para padagang@orang yng sentiasa berlayaran. Sebuah agama@kelahiran@perkembangan agama baru@N.Muhammad saw.

    -Inilah ditunggu2 sepertimana dikhabarkan oleh nenekmoyang sejak berpurbakala. Yang telah diperdengar @diperturun@yg menjadi pegangan. maka keseluruhan kaum kerabat pemerintah@rakyat jelata menukar fahaman agama mereka kepada fahaman agama baru@islam.

    -sekilas buah fikir orang sallang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nadzallihoo kata betul, ini cerita turun-temurun beribu tahun dahulu diwarisi sejak zaman Nabi Ibrahim.

      Delete
  6. Lokitawarman dan Sri Indrawarman adalah raja Sriwijaya yg berpusat di Jambi.Pada masa Dapunta Hyang(raja Sriwijaya) telah menawan pusat kerajaan Malayu yg terletak di Jambi secara aman.Maknanya pusat Sriwijaya telah berpindah dari satu tempat(mungkin di Minanga Tamwan) ke Jambi.

    Srindrawarman mungkin raja yg sama dgn Sri Indrawarman

    ReplyDelete
  7. salam tuan laksamana lekir

    MINANGA TAMWAN.....bukan nama sebuah tempat pemerintahan....ia terlalu umum

    dalam prasasti kedukan bukit keseluruhan tulisan perkataan ia tidak menunjuk pada sesuatu tempat.

    Ia menunjuk atau maksud dari sebuah TANJUNG MUARA SESEBUAH PELABUHAN.
    Pemerintahan SRIVIJAYA gelaran yg kita ketahui hari, juga umum. Memandang prasasti tu dijumpai dipalembang, maka kita mengatakan pusat srivijaya bermula di situ. Ini tidak benar sama sekali.

    Keseluruhan maksud prasasti itu ialah sebuah pelayaran(sama ada mencari tempat baru atau ada arahan bagi perluasan empayar oleh sesebuah kerajaan ketika itu). Dimana pemerintah itu asal berasal, bermula termula, dari bangsa asal manusia(bangsa terawal@KUMPULAN TERAWAL) yang berada di vanua2 lautan samudra antara. Tiada nama khas pemerintah srivijaya yang kita kenali hari ini. Secara tidak sengaja pelayaran in menemui sebuah tempat yang luas2VANUA@BENUA.

    Merujuk kerajaan2 awal seperti FUNAN@PU'NAN@PO'NAN, ada kemungkin MANUSIA YANG MEMBUAT PELAYARAN INI ADALAH SEBAHAGIAN MANUSIA YANG BERTEMPAT@ASAL DARI PUSAT PEMERINTAHAN@FUNAN. Ia amat umum.

    ReplyDelete
  8. Menggambarkan bangsa melayu berkaitan agama anutan mereka. Amat tidak benar sama sekali, kita menggelar bangsa melayu beragama budha. Budha dalam pengertian kita yang ada hari ini. Diperkaitkan dengan islam, memang agama islam@agama pelengkap pada apapun agama untuk menjadi amalan manusia akhir zaman, hanya bermula setelah kerasulan jungjungan kita nabi Muhammad saw.

    Namun brkaitan agama Bangsa awal@malayu, sudah pun mengetahui perkara agama baru@islam akan ada dikemudian hari. Mereka@bangsa melayu awal, amat padu keberpengetahuan ugama ketauhidan@agama samawi mereka. Dimana mereka sudah mengetahui bahawa manusia ini berasal dari dua manusia dan manusia juga dicipta oleh tuhan yang Maha TUNGGAL. Mereka amat padu memperkatakan bahawa tuhan yang berkuasa PADA SELURUH ALAM INI adalah tuhan Yang Maha TUNGGAL.

    Oleh sebab itu setiap nama2 pemerintah yang kita
    gelar dan kenali ketika ini, seperti Dapunta Hyang,srivijaya,sri indravarman,sri mahalinga dan pelbagai lagi nama2 purba. Semuanya ada pertalian dengan tuhan Azzawajjallah dan manusia awal yang diturunkan kebumi ini. Ini amat jelas dalam semua prasasti2 yg berselerakan di vanua2 lauatan samudra antara. Cuma ramai dikalangan kita tidak mengetahui. Apakah maksud perkataan sebenar yang tertulis dalam prasasti2 itu???... Kecelaruan ini berzaman panjang mengelabui semua kebenaran apa yang ada pada bangsa malayu. Apatah lagi kita baca dan telaah dengan mengguna pakai keberpengetahuan kita pada hari ini.

    Cuba anda rungkai, apakah yang dimaksudkan dalaman perkataan SVASTI???...

    sekian terima kasih
    salam muhibbah akhir dimula

    Dari
    Hang@Pang@Tidak berlima@Berseorang@Laksamana Allihoo
    Di sallang timbang,Lautan samudra antara
    Di teratak Parangkang Adjung Bahtera sampan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah tuan maksudkan Lailahaillallah itu tidak berubah manakala yg diperbaharui ialah muhammadarrasulullah?

      Delete
    2. Salam.
      MENJEJAK MELAYU HARUS BERMULA DARI LANGKAH ISLAM.

      Muhammad Rasulallah SAW adalah pelengkap dan penutup AGAMA HANIF, AGAMA ISLAM merupakan matlamat akhir keNABIan Adam AS yg diturunkan pada Nabi Syits AS, Idris AS, Nuh AS, Ibrahim AS dan Ismail AS.

      Amat tidak wajar menjejak Islam dan Melayu menerusi jurai Ishak AS, Nabi Nabi dari jurai Ishak AS hanya dikhususkan buat kaum Yahudi dan Israel.

      Menurut Kitab Tarikh Al Hukama, Sami bin Abdullah Al Makluth, Ibnu Kathir dll berlandaskan Al Quran sepakat menyebut: TAMADUN MANUSIA BERMULA DARI NABI IDRIS AS.

      Nabi Idris AS dilahirkan di MUnaf/Memphis dan digelar Hurmus Al Haramisah, baginda diutus buat kaum Nabi Syits AS keturunan Qabil, putera Adam AS. Di zaman Nabi Idris AS kaum Syits AS dipanggil KAUM HURMUS atau MU atau di kalangan kafirun dikenali sebagai LeMUria.

      Baginda Idris AS dikurniakan Allah SWT dengan berbagai bagai kemahiran dan kepandaian antaranya: mahir mengukir segala jenis batu permata, melukis, menulis, mengira, mengukur, menjahit dan bijak berfalsafah serta yg paling utama berpengetahuan tinggi dalam ilmu kebintangan atau astronomi.

      Di zaman Nabi Idris AS telah terdapat 72 pecahan kaum dan bahasa dari 22 pasang anak anak Adam AS, baginda juga telah menggambarkan 118 buah kota di atas lempeng tanah liat dan logam serta bertanggung jawab meletakkan 4 Raja di 4 penjuru dunia dengan 4 bentuk muka bumi dan perbezaan cuaca mewakili 4 dataran: DATARAN BAWAH, DATARAN ATAS, DATARAN BUKIT dan DATARAN TINGGI. Raja Raja tersebut adalah Raja Zous, Raja Elaus, Raja Esqelabous dan Zous Amon.

      Kaum MU atau kaum penghuni Dataran Bawah di 4 penjuru dunia bertukar menjadi angkuh, sombong, bongkak, takbur, kufur dan mungkar setelah diajarkan berbagai bagai ilmu oleh Nabi Idris AS berkesudahan dibinasakan Allah dengan banjir besar di zaman Nuh AS.

      Bermula dari kejadian banjir tsb maka terpisahlah 72 kaum dengan 72 asas bahasa diberpuluh ribu pulau, tanah besar dan benua benua antaranya KAUM DATARAN BUKIT atau KAUM MALA yg terpisah diberbelas ribu pulau dan tanah besar dengan asas bahasa yg dipanggil bahasa Selatan atau Austronesia.

      Kaum Mala menerima AGAMA HANIF, AJARAN IBRAHIM agama yg mentauhidkan Allah dng kalimah La illa ha ill Allah yg disebarkan oleh penutur bahasa INDO-IRANIAN dan INDO-ARYAN dari jurai Ismail AS melalui JALAN SUTERA di BIMA, KEDAH ZAMIN TURAN dan CAMPA.

      Bahasa campuran Austronesia, Indo-Irania dan Indo-Aryan diserap ke dalam bahasa Sanskrit dan menjadi IBU pada bahasa Sanskrit begitu juga dengan Tulisan Pallawa, tulisan rasmi kaum Mala yg berasal dari Persia dan Pahlavi turut dijadikan INDUK tulisan Sanskrit.

      Kaum MALA-UR - UR adalah nama negara kelahiran Nabi Ibrahim AS di bawah Kerajaan Cheldia kemudiannya dikenali sebagai BANGSA MELAYU.

      BANGSA AGUNG YG SEANGKATAN DENGAN LEMURIA, SEMURIA, ATLANTIS, MAYAN, MAYA, ARYAN, IRANIA dll.

      KEMBALIKAN KEAGUNGAN MELAYU!!!

      TAPAK WARISAN SUNGAI BATU,.KEDAH BAKAL MEMBONGKAR KEAGUNGAN KERAJAAN AWAL MELAYU JAUH SEBELUM MASEHI.

      SEBUAH KERAJAAN YG WELL STRUCTURED, PERBANDARAN YG WELLPLANNED dan INFRASTRUCTURED.

      Delete
  9. Dalam catatan I-tsing(seorang pengembara Cina) ada mengatakan bahawa Malayu telah menjadi sebahagian dari Sriwijaya(pada tahun 685 masihi)

    ReplyDelete
  10. Kerajaan Malayu yang anda maksudkan itu adalah kerajaan Malayu Dharmasraya dan Jambi. Kerajaan Dharmasraya menganut Buddha. Keluarga kerajaan yang memeluk Islam kemudian mengungsi keluar istana dan membangun benteng di Sungayang (check di google Revolusi Istana di Minangkabau. Setelah benteng dibakar oleh tentara Dharmasraya, sultan kemudian menuju nageri Pariangan (di kaki gunung Marapi) Keturunan merekalah yang kemudian mendirikan kerajaan Pagarruyung.
    Salam ukhuwwah dari Sumatra!

    ReplyDelete
  11. Srivijaya, Darmasaraya, Sanjaya, Jayawara...bukan menganut Agama Hindu atau Budha, mereka adalah cucu cicit dari 6 putra putra Nabi Ibrahim bersama Ibu Qethurah yang berpecah 3 kupulan mengembangkan Ajaran Ibrahim, Agama yang mengESAkan Mahapencipta. Satu kumpulan bergerak ke arah kawasan dengan kepesatan Agama Menyembah Patung, Satu kumpulan ke arah kawasan dengan kepesatan Agama Menyembah Berhala dan satu kumpulan lagi berakit menyeberang sungai ke kawasan Agama Menyembah Api. Ajaran Ibrahim tidak menybah berhala, patung mahupun candi. Pusat pemerintahan Srivijaya bukan di Jambi atau di Semenanjung, Srivijaya berpusat di Burahma (kemudian dikenali dengan Burma dan kini Mynmar). Ajaran Ibrahim kemudiannya dipanggil BRAHMA. Menurut konsepsi Sanjaya Nusa Melayu meliputi Nusantara dan pulau pulau di sekitarnya (kini Samatera), Nusakambangan (kini Pulau Jawa), Nusa Antara (kini Sulawesi dan Kalimantan), Nusa Tanggara (kini Ambon, Muluku, Florest dll), Nusa Kancana (kini Malaysia) dan Nusa Rantang (kini Selatan Siam, Myanmar, Campa, Selatan Filipina dll)...bernaung di bawah 1 NUSA, menuturkan 1 bahasa, menjunjung 1 bangsa dan membudayakan 1 budaya MELAYU=BRAHMA. Sehingalah Maharaja Jayawara pengganti Sanjaya berkahwin dengan putri Maharaja HINDU+BUDHA dan menamakan Pulau Nusakbangan ke Pulau Jayawara (kini Pulau Jawa) dan menamakan natif pulau dan kaum primitif bangsa Mala yang dipungut dari berbelas ribu pulau dijadikan kuli, buruh pahat batu bina candi, penternak, petani, babu dll sebagai Wong Jayawara.

    ReplyDelete
  12. Sdr Nadzallihoo, Sumatera dan Senanjung umpama jantung dan hati di dalam satu tubuh...kesaktian Melayu bertunjang di Jambi, Kekuasaan Melayu terpancar di Johor, Kuantan Sengigi, Terengganu...RIAU dan di seluruh kepulauan Riau, keunggulan Melayu berteras di Inderagiri, kehebatan Melayu terukir di Iderapura, keutuhan Melayu berteras di Kampar dan Siak, kejatian Melayu bertapak di Palembang...KEAGUNGAN MELAYU TEPANCAR DI NUSASERANTAU!!!

    ReplyDelete
  13. Nice, menambah wawasan sya, coba saja pelajaran sejarah waktu di sekolah dulu seperti ini, pasti sejarah jadi pelajaran favorit sy, tpi di sekolah dulu sejarahnya tidak seperti ini sehingga sejarah adalah pelajaran yg paling sy tdk suka. Ingin sekali belajar sejarah yg seperti ini.

    ReplyDelete
  14. Adakah antara 2 maharaja ini yang telah pergi ke Makkah menunaikan haji. Ini kerana saya ada terbaca tak ingat di mana, yang maharaja ini bersama rombongan (termasuk tentera) telah mendengar tentang sultan Salahudin yang sedang berjihad melawan tentera salib. Lantas maharaja ini telah terus bersama-sama berjihad bersama Salahudin dan berjaya mengalahkan tentera salib.

    Mungkin, ini kaitannya dengan cerita yang mengatakan orang Melayu pernah bersama berjihad menentang tentera kristian semasa perang salib.

    ReplyDelete
  15. Saya Ibrahim Talib, pencinta sejarah Melayu, saya amat kagum dng keagunagn Melayu dimasa lampau...kenapa agaknya Melayu sekarang terlalu ME LAYU? LAYU SELAYU LAYUNYA???

    ReplyDelete
  16. Sdr Ibrahim Talib...ADA KEBENARAN NYA KATA KATA ANDA...MEMANG MELAYU DH LAYU SEBELUM BERKEMBANG!!!

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. ME LAYU, tak akan LAYU kalau ada nye dididkan agama yg tegar. kesedaran harus bermula sejak dari nenek moyang kita lagi. Sebab nya, dari didikan moyang kta yg menjadi kan nenek kita menjadi melayu bergred A. (Maksud) melayu asli, melayu penuh ilmu, melayu terbuka. Tetapi tidak.. Di sebabkan moyang kita, nenek kita telah jd melayu yg bergred B. Melayu yg semakin lupa apa yg bangsa mereka mampu lakukan. Apabila nenek sudah bergred B, nenek mendidik ibu bapa kita menjadi melayu yg semakin bergred C. Yg semakin hanyut dengan cerita2 asing, ajaran2 barat. Kenapa benda ini terjadi? Antara nya, Atas sebab penjajahan dan pndidikan yg terhad pada zaman mereka. Dan juga dari dididkan moyang kita yg kurang ksedaran penting nya menjaga keaslian bangsa melayu kita yaitu menjaga tata tertib, sopan santun, budi bahasa, berakhlak mulia. Lalu, timbul la kta sebagai anak melayu yg bergred D dari didikan ibu bapa kita yg bergred C. Yg sudah mula hilang nya kejatian melayu nya, dan keaslian melayu nya. Melayu yg bergred D.. yg bermaksud, " "DUMMY ". Atau lebih d kenali sebagai BODOH. terlalu ketara dengan apa yg ada di tanah melayu sekarang ini. Perpecahan politik.. Pergadauhan sana sini.. Itu tidak termasuk anak2 muda sekarang ni. Terutama hari raya.. Tidak ada dah berewang masak lauk pauk.. Tolong mengemas.. Asal kan ke Kg, semua nya bebaring dengan "gadjet" masing2.. Ber 'twit' ber 'fb' dan bgai2 lg. Memang betul lah.. Bangsa Melayu Bangsa yg Hilang.. Bukan hilang kerana zaman purba kala.. Tetapi semakin hilang pada zaman kita ini

    ReplyDelete
  20. Terdapat 12 kaum telah dibinasakan Allah, kaum pertama kaum Hurmus/Lemuria di zaman Nuh AS, kedua kaum Aad/Atlantis di zaman Hud AS...ke12 kaum Saba' di zaman Sulaiman AS dng Al Arim, bnjir bsar kali ke2, kaum ke13 dng bnjir besar ke3 will be the tribes of PACIFIC RING FIRE, kaum lingkaran api pasifik/lengkaran gmpa, pulau-pulau yg dipenuhi beratus-ratus gunung berapi aktif, ancaman thunami dan karam akibat kecairan khutub...KAUM ITU MENGIKUT GAMBARAN AL QURAN...letupan dan gegaran berturut-turutan, asap beracun n air setinggi gunung...KAUM MELAYU DI SELURUH ALAM MELAYU!!!!

    ReplyDelete
  21. orang Pahang adalah yang pertama memeluk ugama Islam diNusantara sila layari http://sungaibatuderelong.blogspot.com

    ReplyDelete
  22. Bgaimana dgn bngsa Melayu yg dikatakan membantu salahuddib al-ayubi ketika berperang utk menakluk Jerusalem? Jika benar,kdtngn islam di tanah Melayu lbh awal lg. Bagaimana dgn panglima awang yg bbngsa melayu,manusia pertama yg berjaya mengelilingi dunia? Dan bagaimana dgn pentas sunda yg dikaitkan dgn tenggelamnya Atlantis? Klu ada perkongsian mohon kongsikan. Terima ksh

    ReplyDelete